DETOKS ITU MITOS

Berialah kalian baca pasal detoks kan. Alih-alih nak jual produk ??? rupanya.

DETOKS ITU MITOS.

1. Molekul bahan sintetik atau alami, contoh, glukosa, gula ringkas dari mana pun sumbernya, kalau dilihat dari molekulnya tetap sama. Yang membuatkan sesuatu bahan tu beracun atau tak, ialah dosnya.

Dalam ikan pun ada merkuri. Tapi ikan kecil, kandungan merkurinya rendah berbanding ikan besar. Sebab tu kita nasihatkan makan ikan kecil.

Sama macam dalam buah pir. Ada aluminium. Tapi dosnya sangat kecil maka selamatlah untuk kita.

2. Saya dah ulas panjang lebar tentang detoks. Dah 3 kali ulang benda yang sama. Tolong baca pautan saya bagi ya.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10218811193541532&id=1551720152

Yang saya geram tu, dok sebut toksin. Tapi apa nama toksin tu? Tak ada pun ???.

3. Beza doktor yang beretika dengan tak, ialah bila dia tak ada udang sebalik mee. Bila minum minyak zaitun tu diangkat begitu tinggi sedangkan tak ada kajian saintifik yang menyokong apa yang dikata, tu namanya tak amanah dengan ilmu Allah SWT bagi.

Hujungnya? DUIT.

4. Siapa kata nak sihat kena berbelanja besar? Saya dah pernah tulis pasal pemakanan yang betul tanpa perlu pun bocor poket.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10219097726304672&id=1551720152

5. Untuk mengekalkan kesihatan sangat mudah dan percuma, hanya perlukan usaha
a. Makan suku, suku separuh seperti yang disarankan oleh KKM. Tak perlu pun ikut diet mediterranean.
Kita bangsa Melayu kan. Makan cara kita lah. Sungguh cherry picking bangsa saya ni. Berpantang lepas bersalin nak ikut tradisi Melayu sampai berparang dan berkeris, tapi bila bab makan nak jadi orang Mediterranean dah kenapa. Diet yang mahal tu, tak payah lah.
b. Bersenam dengan kadar aktiviti moderasi paling kurang 150 minit seminggu.
c. Mengekalkan BMI di antara 18-23. Obesiti adalah punca banyak kanser.
d. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif. Menukarkan kepada e-cigarette takkan merawat ketagihan nikotin yang ada. Klinik berhenti merokok yang ada di semua klinik kesihatan dan hospital KKM ada perkhidmatan percuma.

Saya sedih bila doktor secara terang-terangan menjual produk jenis makanan tapi dia punya tuntutan perubatan melangit. Tak takut ke Allah SWT tanya nanti bila kita mati, apa yang kita dah buat dengan kelebihan ilmu yang kita ada?