Mitos orang lama

WAHAI MISI-MISI SEKALIAN

Saya ni senang jadi kagum bila ayah yang datang bawa anak ke klinik, tanpa mak ikut. Saya akan gunakan kesempatan tu untuk bagitahu apa patut. Bukan senang nak dapat peluang macam ni.

Jadi, bila seorang ayah datang buat pemeriksaan darah bayinya yang ada kuning, saya nampak bayi tu pakai barut.

Saya panggil misi-misi saya. Berjemaah mereka dok keliling saya. Ni nak kena bagi tazkirah.

Kenapa bayi ni pakai barut? Saya kata, sebagai staf perubatan, kita lah yang mesti menghapuskan mitos-mitos songsang dalam masyarakat.

Zaman dulu pakai barut sebab bayi masa tu tak ada baju. Barut senang nak dibuat sebagai ganti baju. Sekarang ni, baju bayi siap ada ikut jantina lagi. Dari yang tak berjenama sehinggalah yang designer pun ada.

Pakai barut sebab takut angin masuk? Itu sangat salah. Kita bukan ? bernafas ikut kulit. Hanya ada 2 cara bayi tertelan udara:
1. Teknik penyusuan yang tak betul. Lagi ketara kalau bayi menyusu dengan botol.
2. Dia menangis lama dan kuat.
Mitos angin masuk kot kulit tu tak betul. Misi-misi saya kena tanya pesakit kenapa bayi dipakaikan barut. ivermectin pour on by the pallet Betulkan mitos.

Pakaikan bayi baju yang bersesuaian dengan cuaca. Kalau tengah musim panas macam sekarang, tak payah lah sampai pakai kain sampai 3 lapis. Berpada-padalah. Ni sampai berpeluh bayi tu. Dah naik ruam la pula.

Bayi tak boleh tidur dalam aircond? Sebab masuk angin. Tu pun tak betul. Mitos ni wujud agaknya nak elakkan bil elektrik mahal kot.

Tak boleh pakai baju kuning nanti kuningnya makin teruk. Tu sangat lah mitosnya. Tak kena mengena langsung. Untuk periksa paras kuning secara klinikal, doktor atau misi buka baju dan seluarnya. Misi-misi saya kena betulkan mitos ni.

Misi-misi jangan pula bila buat lawatan ke rumah pesakit dibawa mitos yang dia sendiri pegang. Contohnya tak boleh makan sesetengah rempah seperti halia, lada hitam bagai sebab nanti bayi jadi lebih kuning. Kenapa la pula begitu. Tu kan mitos. Setakat bagi penyedap rasa dalam makanan, tak ada masalah.

Misi-misi saya kena didik mak dalam pantang untuk ambil makanan berkhasiat dan bernutrisi. Selagi mak tu tak ada alahan pada makanan tertentu, makan saja dengan pelbagai jenis dan variasi. Misi-misi saya tak boleh bawa ajaran sesat seperti sayur dan buah sejuk tak boleh makan sebab nanti bentan. Tu mitos. Ni siap mitos yang sayur buah jenis pokoknya menjalar, tak boleh makan, alahai, saya pening la. Sayur dan buah ni kaya segala vitamin, mineral dan unsur surih. Yang paling penting, sayur buah ada serat. Makan macam tu saja buah tu, tak payah jadikan jus, nanti hilang serat larut air. Misi-misi memang kena ambil masa terangkan bab ni pada mak.

Atau ayam, sesetengah ikan atau telur tak boleh makan, sebab nanti luka episiotomy atau Caesarean tu bernanah. Sekali lagi, kalau tak ada alahan sebelum ni, makanlah. Tu kan sumber protein, penting untuk pemulihan dan pembinaan tisu badan. Misi-misi saya kena tahu tu mitos. Maka mereka mesti betulkan mitos tu pada pesakit yang luka tu bernanah bila mendapat jangkitan kuman sebab penjagaan luka yang tak betul. Luka tu tak boleh diletak segala daun atau apa juga produk yang dibeli selain atas nasihat doktor.

Bila pesakit sebut bentan, misi-misi kena tanya dia. Apa maksud bentan yang pesakit cakap tu. Sebab bentan tak wujud dalam perubatan. Pemahaman masyarakat Melayu zaman dulu tentang bentan mesti diselidiki dan dijelas dengan ilmu sains. Mana boleh main pukul rata sebab tak berpantang lah bagai. Misi-misi saya belajar sains perubatan. Bukan pergi bertapa dalam gua belajar dengan nenek kebayan.

Misi-misi saya kena tahu bila mak komplen dia menggigil dalam pantang, bukannya sebab salah makan makanan sejuk ke apa. Misi-misi saya kena bagitahu kat pesakit yang ? dari mak yang dalam pantang, yang darah tak sama dengan bayi, dapat menggigil sebab ada reaksi akibat darah bayi termasuk dalam sistem darah mak masa proses bersalin. Kalau darah mak dan bayi sama, jarang sangat mak tu dapat reaksi macam tu.

Masakan dengan cara rebus, sup, reneh, panggang, bakar tu sepatutnya diamalkan sepanjang hayat. Bukan setakat 42 hari. Tu kan pemakanan yang sihat. Kurang minyak. Misi-misi saya kena tahu bab tu dan tanam kat pemikiran mak. Jangan lah menipu diri sendiri bila dah habis pantang, dah macam balas dendam.

Misi-misi saya kena tahu yang mak ni kalau berurut dan bertungku untuk apa. Kena tanya tujuan. Bukan sebab tak nak bagi. Silakan kalau mampu, sebab upah berurut dan bertungku ni mahal. Tapi kena tahu untuk apa. Mitos sangat kalau berurut dan bertungku untuk sengkak, supaya rahim tak jatuh atau kecut bagai. Misi-misi kena tahu semua tu hanya untuk merehatkan badan dan tugas mereka ialah untuk buang mitos tu jauh-jauh. Kan masa lepas bersalin, mak diberi suntikan syntocinon atau syntometrin untuk kecutkan rahim. Nak elakkan tombong, misi-misi kena ajar senaman Kegel.

Misi-misi kena tanya mak minum air banyak mana. Kena bagitahu penting minum air dalam 2L tu, sebab nak pastikan mak tak dehidrasi. Susu badan kan komposisi yang paling tinggi ialah air. Mitos dok catu air tu dah tak boleh pakai sebab zaman sekarang buka paip saja, air dah keluar. Tak payah angkat dari perigi. Tak minum air, mak kena hadap sembelit. Menangis ok. Dahlah ada luka episiotomy. Minum air kembang urat, urat apa pun tak tahu, dan becak kat faraj tu mitos sangat.

Air sejuk atau ada ais ni benda haram dalam pantang orang Melayu. Misi-misi saya kena faham dan hadam fakta yang air sejuk tu lebih mudah diminum sebab sedap. Air sejuk masuk saja tekak, tak lama terus jadi suhu badan. Kasihan ais kena fitnah dari zaman pak pandir sampai sekarang.

Banyak kali saya nampak misi-misi dok jual jamu. Siap promote masa buat lawatan ke rumah. Mujur juga misi-misi saya tak macam tu, demi duit sampai gadai etika kerja. Mereka tahu saya memang takkan tolerate such nonsense. Jamu semua tu termasuklah air kunyit bagai tu tak pun ada fungsi. Silap hari mudarat, menyesal tak sudah. Tak payah dok nak beli sebarang set bersalin la. Tak kiralah berdaftar ke tak dengan KKM. Benda tak payah, kenapa nak membazir. Kalau pesakit tahu macam mana jamu dibuat, mesti kembang tekak ???.

Misi-misi saya kena tahu yang berbengkung tu bukan untuk kempiskan abdomen yang menggeleber tu. ivermectin achat en ligne Bengkung tu gunanya sebenarnya sebagai support saja pada abdomen tu. Itulah yang misi-misi saya kena sampaikan.

Misi-misi saya kena tahu yang pakai stokin tu bukan perkara wajib pun. Tak perlu pun nak kena duduk salam bilik macam sauna. Kasihan mak berpeluh sebaldi. Tak pakai stokin nanti masuk angin ikut kaki tu juga mitos. Tak mungkin langsung sebab kulit kita tak ada lubang. Misi-misi saya kena ajar mak yang pakailah baju yang sesuai dengan cuaca, silakan mandi dan basuh rambut tu, dan tak apa pun duduk dalam bilik yang suhunya selesa. Nak mandi waktu bila ikut suka lah. Nak mandi air panas ke sejuk ke, terpulang lah pada mak. Yang penting, kena jaga kebersihan diri dan janganlah nampak selekeh sangat.

Terlalu banyak mitos dalam budaya Melayu yang sekarang dah tak relevan. Zaman dulu takkan sama dengan sekarang. ivermectina price Kalaulah moyang saya masih hidup, mesti dia terkejut tengok budak-budak sekarang dah tak bermain di dalam alur tapi duduk mengadap skrin bercakap, berwarna dan bergerak.

Sibuk sangat nak berpegang pada mitos dah macam anutan agama pula, kalau tak buat, dosa. Sedangkan kita tak faham pun kenapa kena buat setiap satunya.

  1. Maka wahai misi-misi sekalian yang bekerja dengan saya, meh kita hentikan mitos ni semua. Kita kena buat kerja dengan ikhlas dan betul demi Allah SWT untuk ganjaran yang menanti kita di akhirat sana. In shaa Allah.