Setelah sekian lama saya
berpantang dan selama 44 hari itu jugalah saya berkorban dari segalanya , mungkin selepas ini masalah yang akan timbul …huhuhuhu mcm biasa lorr……..OH>>>TIDAK>>>KATAKAN>>>pada diriku sendiri TAK NAK GEMUK kadang2 masalah ini selalu
timbul bagi mereka yang berbadan besar seperti saya, klu hendak di
bandingkan bersama seorang yang bertubuh kecil…tak jadi masalah
selepas bersali badan diaorang BACK TO NORMAL…seronokkan kalau
memiliki badan mcm tu…
MAKA dengan
sendirinya saya nak berkongsi dengan anda di luar sana mengenai
HILANGKAN LEMAK BERLEBIHAN PADA PERUT
Kalaulah boleh
hilangkan lemak di perut,
alangkah indahnya hidup ini. Bila impian tersebut jadi kenyataan, tentu
seronok, kan? Tapi, lebih manis sekiranya berjaya dicapai secara
semulajadi. Yeahh! Itulah sebenar-benar kepuasan.
Agak-agaknya, kenapalah
ramai sangat yang lebih tertumpu untuk
buang lemak di perut? Bukan di bahagian lain?
Haha… pertama,
tentulah ia membantu anda tampil lebih yakin di khalayak ramai.
Namun, bukan itu sahaja yang
patut anda fikirkan
Ini kerana, lemak yang
dibiarkan berkumpul di perut boleh merosakkan jaringan organ tubuh dan
seterusnya meningkatkan risiko penyakit jantung. Fakta ini disokong oleh
satu kajian yang mendapati individu yang bebas lemak di perut mempunyai
risiko rendah untuk mengalami gangguan jantung.
Jadi, apakah
yang perlu anda lakukan untuk menghilangkan lemak berlebihan di perut
ni?
Ada 4 perkara yang boleh
anda mulakan lakukan mulai hari ini iaitu:
1. Senaman perut
Memang tidak syak lagi.
Senaman di bahagian perut dan
diet seimbang
adalah ubat paling mujarab.
Senaman Perut
Dalam seminggu, anda
bersenamlah lebih kurang dalam sejam. Boleh buat senaman perut dan juga
senaman yang menumpukan anggota badan selain perut. Bersenamlah secara
konsisten.
Ya! Konsisten
dan kualiti senaman adalah kunci kejayaan anda.
2. Campurkan pengambilan
protein dan karbohidrat
Menurut pakar pemakanan,
anda disarankan mencampurkan pengambilan protein sebanyak beberapa gram
setiap kali mengambil hidangan berkarbohidrat.
Makanan Berprotein
Tinggi – fitnessandmuscle.net
Ia bertujuan mengurangkan
pengeluaran kortisol dalam badan sehinggalah proses penyimpanan lemak
sekitar perut berkurangan.
3. Makan bertih jagung
(popcorn)
Anda boleh mengamalkan
pengambilan secawan bertih jagung untuk setiap kali hidangan. Tapi,
pastikan yang tidak dicampur dengan mentega, garam dan minyak tau.
4.Usah terlalu risau dengan berat badan anda
Bertih Jagung
(Popcorn) – thestir.cafemom.com
Ia mengandungi kalori yang
agak rendah iaitu sekitar 30 miligram.
Urmmm… tak sedap la kalo
cenggini?
Memang. Tapi tulah yang
terbaik untuk perut anda. 😀
Sekali imbas, macam tak
logik aje. Mana boleh tak risau. Mesti la risau Dol!
Sebenarnya,
kalau anda terlampau risau ia akan meningkatkan lagi kadar kortisol
dalam badan. Bila kadar kortisol tinggi, ia bermakna jumlah pengumpulan
lemak dalam perut anda juga meningkat. Aduss…
Akibatnya nanti, nafsu makan
anda semakin bertambah dan sukar dikawal serta melambatkan metabolisme
tubuh.