GO. . GO. . KAk Ogy. I love U So MUCH.
Blogger kena belajar beradab
SAYA nak beri peringatan kepada blogger ni, tolong belajar beradab.
Kau nak kutuk, hina aku, buatlah, kau yang dapat dosa, tapi jangan
sekali-kali membabitkan anak saya! Saya yakin, ada di antara blogger itu
mempunyai anak, apa mereka rasa jika anak mereka diperlakukan begitu?
Semua ibu bapa inginkan anak mereka jadi yang terbaik, anak yang soleh
dan pendidikannya lebih baik daripada kita.
Terus-terang saya kata, saya tak boleh terima apa yang diperkatakan
blogger itu ke atas Nuraminah! Saya cabar blogger itu berdepan dengan
saya dan jika perlu saya heret mereka ke mahkamah, saya buat! Jangan
sentuh anak saya! Seperkara lagi, jangan sentuh arwah ibu dan ayah saya! ?? ??? ?????
Kalau blogger itu tak puas hati dengan saya, sila berdepan dengan saya,
mari kita bersemuka. Jangan nak baling batu, sembunyi tangan! casino 888 sport Itu yang
membuatkan saya benar-benar marah dan meluahkan perasaan saya.
Beri amaran supaya henti tulisan kritikan ‘anaknya’
Nuraminah.
“Ini pertama kali saya meluahkan perasaan saya terhadap blogger. ???? ????? Dulu
saya tak pernah ambil pusing apa yang dia orang nak tulis, mengutuk saya
dengan kata-kata kesat, saya tak pernah marah seperti sekarang. Bagi
saya, itu adalah hak mereka untuk tidak menyukai saya. Saya tak boleh
memaksa orang menyukai saya.
Tetapi, yang membuatkan saya terpanggil untuk membuat luahan ini
apabila mereka turut mengaitkan anak saya, Nuraminah Aishah yang baru
saja berusia tujuh bulan!
Sebulan lepas, ibu kandungnya pula meninggal dunia.
Saya anak yatim piatu, Nuraminah juga anak yatim piatu. Saya tak ada
suami untuk membela saya. Kenapa blogger yang tak suka
saya, perlu mengaitkan dengan anak saya pula? Mereka tulis, nanti
budak (Nuraminah) ni bila dah besar, gedik macam mak (Ogy) dia! Saya
cari makna gedik dalam Kamus Dewan, tak ada, jadi ada sebenarnya
definisi gedik ni?
Tak cukup dengan itu, mereka tulis lagi, nanti bila budak ni dah besar,
mulut pun jahat, mulut laser, sama macam mak dia! Saya ni orang yang
jahat mulut ke?
Pernah ke dengar sebelum ini, saya ni seorang yang jahat mulut?
Orang tak suka saya mungkin kerana saya ini seorang yang
berterus-terang dan ‘vokal’ apabila memberikan pandangan. Saya tak reti
nak cakap berlapik-lapik. Orang mengharapkan saya jadi
plastik, tapi saya tak boleh jadi begitu sebab saya dididik
supaya sentiasa bersikap jujur. Dalam pekerjaan ke mahupun persahabatan,
perlu ada kejujuran.
Berbalik kepada blogger, kenapa mereka sanggup mengaitkan seorang budak
yang baru nak kenal dunia? Nuraminah tak pernah mendapat kasih sayang
ibu bapa kandungnya. Saya diamanahkan memeliharanya, kenapa bloggers
perlu mengaitkan dia dengan perangai saya? Mereka tak pernah melihat
saya mendidik dan menyayangi Nuraminah di rumah. Jadi, macam mana mereka
boleh melemparkan tuduhan?
Dihina dengan gelaran ‘janda mandul’
Dalam laman web itu juga, blogger menggelarkan saya janda mandul!
Tak sedar diri janda mandul tu. Tahu tak mereka selama 12 tahun saya
hidup bersama bekas suami, Eman Manan, saya sentiasa inginkan anak?
Tahukah mereka selama 12 tahun itu juga, empat kali saya keguguran.
Sebelum ini buat apa saya bercerita, sekarang baru saya sedia
berterus-terang apabila keadaan memaksa. Keturunan saya tak ada yang
mandul!
Bengong aa blogger tuh
padan muke kak ogy nyer gunung berapi dh meletup
cian aa kat kak ogy
klo z jd kak ogy…mmg z carik blogger tuh ke lubang cacing
publish post nk mengaibkan dn menjatuhkan org jek kerje dorg ek…cisss!!!
betui ti zie, kecian kak ogy kan…