Posted: 05 Apr 2008 10:19 AM CDT
Amy Search telah mengadakan Hari pembukaan Restoran Cheng Ho miliknya di Wangsa Maju. Terima kasih Marilah!
Saya mendoakan agar restoran Amy ini akan terus mendapat sambutan.Konsep dan idea bagi konsep restoran ini datang dari Allahyarham Jalil Ngah. Tetapi kenapa nama Cheng Ho? Oooh, rupanya Amy tertarik dengan nama laksamana dan nama ini agak catchy dan senang disebut sebab sudah terkenal hatta budak-budak sekolah pun tahu tentang sejarahnya. Tapi alangkah elok kalau menggunakan nama Amy Search untuk nama restoran ini, kan?
Ape-ape ajerlah.
Sekiranya rezeki mengizinkan, Amy akan membuka satu lagi cawangan di lokasi lain pada 6 bulan akan datang. Dari segi dekorasi pula, masih lagi tidak sempurna. Sebahagian dinding dihiasi dengan poster dan gambar hitam putih yang bercirikan Islamik Cina.
Bajet untuk restoran ini dalam lingkungan RM250 ribu dengan menggunakan khidmat 15 orang pekerja. ????? ?????? ????? 31 Ramai pelayan dan staf datang dari Sabah dan sebenarnya mereka rupa-rupanya adalah peminat Amy Search. Ramai di kalangan mereka adalah tidak mempunyai pekerjaan sebelum ini dan Amy rasa wajar untuk mengambil mereka bekerja sebagai satu sokongan dan bantuan.
Kepada peminat Amy Search, bolehlah datang dan cuba menu menarik seperti ketam masak telur masin. Restoran dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 11 malam.