My Hot Selebriti

CABARAN BADMINTON HOT FM AM KREWPada pagi yang cerah 21 Mac 2008, telah berlangsung satu perlawanan badminton yang melibatkan AM Krew Hot FM dan juga selebriti Erra Fazira dan Ally Iskandar. Yeay! Pasukan yang saya sokong menang juga akhirnya! Syabas kepada Faizal Ismail dan Erra Fazira! ??? ??? ??? Kepada Faizal, awak memang kelakar habis lah bila pakai rambut palsu. Ramai gelak bila tengok korang main badminton.
Maka, selesai sudah cabaran badminton antara Faizal dan Fara Fauzana. Ternyata pasukan yang dianggotai oleh dua orang yang tinggi lampai iaitu Erra Fazira dan Faizal Ismail terpaksa mengharungi waktu yang agak sukar untuk menewaskan pasukan comel Fara Fauzana dan Ally iskandar. Dengan permainan 15-21, 21-8 dan 21-14, kemenangan mutlak menjadi milik Faizal dan Erra.


FAIZAL PAKAI RAMBUT PALSUAksi lucu faizal yang mengenakan rambut palsu seperti yang disarankan oleh pasangannya, Erra nyata membawa tuah kepada pasukan mereka. Manakala Fara dan Ally Iskandar pula terpaksa akur dengan kekalahan tersebut.
FARA KENA DENDAFara telah dicabar oleh Faizal sekiranya Fara kalah dalam perlawanan tersebut, beliau harus memotong rambut beliau ke paras pendek. Yang nyata, Faizal terselamat daripada bersiaran selama 24 jam apabila memenangi perlawanan tersebut. Fara akan menyahut kekalahan tersebut pada hari isnin, 24/3/08 di salon Trimmers & Curlers.

MAWI PUN ADAPagi yang semakin hangat itu, diserikan lagi dengan kehadiran Mawi yang merupakan peserta pilihan untuk cabaran ini. Terbukti semangat kesukanan Mawi, beliau yang digandingkan dengan Fara fauzana tidak memerlukan masa yang lama untuk menumpaskan Erra Fazira dan Faizal. Dengan hanya dua set, 21-16 dan 21-20, Fara merasakan sedikitkan sebanyak telah tertebus kekalahan yang dialaminya. Kesanggupan Mawi untuk turun padang bersama dengan team HOT FM amatlah dipuji memandangkan kepadatan jadual padat beliau.
Perlawanan yang penuh dengan aksi lucu itu telah membawa Jailani Sidek, bekas pemain negara dan juga jurulatih Nusa Mahsuri sebagai pengadil. Beliau yang nampak serius pada awalnya juga tidak terlepas dari gelak ketawa melhatkan aksi ketiga pasukan ini.
Huhu, kesian Fara kena gunting rambut.
Majlis tersebut diakhiri dengan upacara penyampai medal dan trofi di Dewan Serbaguna, Sri Pentas pada jam 10.30 pagi.

Technorati TagsPosted: 21 Mar 2008 09:30 AM CDT
Impian dan doa penerbit dan pelakon ternama, Tiara Jacquelina termakbul juga apabila Teater Muzikal P. Ramlee The Musical diberi peluang untuk membuat pementasan sekali lagi di Istana Budaya selama kira-kira tiga minggu bermula 28 Mei depan.
Selain itu, tuah lain datang lagi menyinggahi hidup Tiara Jacquelina apabila Teater Muzikal P. Ramlee The Musical akan dipentaskan buat pertama kalinya di
Esplanade, Singapura pada 17 Mei ini. Mengulangi sejarah yang sama untuk teater Puteri Gunung Ledang The Musical yang turut diusung ke Pulau Temasik itu setelah dipersembahkan di Istana Budaya pada tahun lalu.
Namun, Saya difahamkan ada sedikit perubahan dilakukan seperti plot penceritaan, set dan prop, muzik, grup kreatif dan juga pada barisan pelakonnya.
Saya harap Tiara mengekalkan Datuk Siti Nurhaliza masih lagi membawa watak Azizah. Begitu juga dengan Atilia sebagai Junaidah, Melissa Saila sebagai Norizan dan Chedd Yusuf sebagai Sukardi. ????? ???? ?????? 2022 Rasanya peminat Siti Nurhaliza di Singapura juga ingin melihat Siti Nurhaliza beraksi di pentas Esplanade. ?? ??? ??? ?????


Adlin Aman Ramli akan pikul tugas pengarah manakala Zahim pula adalah pengarah bersekutu untuk teater ini.Untuk pengarah muzik, kali ini Tiara menggunakan khidmat Roslan Aziz.
PRTM turut menerima 10 pencalonan bagi lapan kategori di dalam BOH Cameronian Awards. Kepada Tiara & the gang, tahniah dan do the BEST!
Technorati .

Leave a Reply