Fluffy pancake recipe

#fluffypancakerecipe

Okay, setuju tak adalah satu kebahagiaan apabila pancake turn out the way it should be, flawless and fluffy?? Saya dah cuba beberapa recipe pancake, ni yang terbaik. Korang sila cuba! Jom saya share recipe dan tips (kredit recipe asal @khairulming)

*saya guna baking measuring cup

2 cawan tepung serbaguna (tpg gandum) 1.5 cawan susu segar (sy guna farm fresh)

2 biji telur (sy guna gred A)

3 sudu butter dicairkan (sy guna anchor) 1 sudu besar baking powder

1 sudu kecil extract vanilla

3 sudu besar gula Sedikit garam

Cara2 : Cairkan butter, letak tepi Ayak tepung dengan baking powder Masukkan gula dan garam * saya gaul mesra dulu bahan kering ni Masukkan semua bahan basah dan adun rata (manja2 jer, tak payah bersungguh mcm nak pukul telur dadar tu tau) *** enming terus masak, tapi saya rehatkan adunan dalam 10minit. Mungkin sbb tu pancake ku nampak lebih flawless agknya ? Tips: Pastikan bahan2 berada dalam suhu bilik (tapi sy guna jer susu sejuk drpd peti, ok jgk kejadiannya) Adunan hendaklah dalam keadaan yang agak likat (xcair) Wajib guna non sticky pan (xyah sapu ape kat pan) Wajib masak dengan api yang super low (mmg kena sabau ye ibuk2 ?) Pastikan sampai keluar bubble (rujuk pic) baru terbalikkan ** saya guna measuring cup size 1/4cup untuk cedok adunan, dapat dalam 14 keping pancake ** makanlah dengan maple syrup/madu/pure butter/jem Selamat mencuba, sedap woih ??? credit : Nor Fatimah Md Dasuki? #mahn