Tom Yam Ayam Paling Kaw Dalam Alam Semesta

Image may contain: food
Tom Yam Ayam Paling Kaw Dalam Alam Semesta 

BAHAN A:

Ayam secukupnya | potong kecil. Jika mahu lebih sedap, guna seafood.
1 biji bawang besar | hiris
4 ulas bawang putih | hiris
2 batang serai | ketuk dan hiris menyerong
6 helai daun limau purut | buang urat tengah untuk elakkan pahit
Lengkuas | hiris
Cili padi | ketuk
Akar ketumbar
Sayur (bunga kubis,putik jagung, lobak merah,tomato, cendawan)

BAHAN B:

Pes tomyam botol kecil | anggaran 5-6 sudu makan
4 sudu teh pes cili thai
4 sudu makan susu cair sejat
Daun ketumbar | hiris
Garam dan serbuk perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

1.Masukkan 2 liter air atau lebih sedikit. Masukkan akar ketumbar. Akar ini dapat menyerlahkan lagi kesedapan tomyam.

2.Setelah air mendidih, masukkan ayam. Masak hingga isi ayam menjadi putih.

3.Masukkan semua bahan hiris dan bahan yang diketuk tadi. Kacau sebati.

4.Masukkan pes tomyam dan pes cili thai. Kacau sebati dan masukkan garam serta serbuk perasa dengan secukupnya.

5.Masukkan sayur. Masak hingga sayur empuk.

6.Bila dah mendidih, masukkan sedikit susu cair sejat. Kacau sebati dan padamkan api. Akhir sekali, tabur daun ketumbar. Perah limau jika perlu. Jika guna pes tomyam jenama seperti diatas, tidak perlu perah limau kerana rasanya sudah cukup masam.

7.Sedia untuk dinikmati.