RESIPI AYAM MASAK LEMON YANG SIMPLE TAPI SEDAP YANG AMAT

Image may contain: food

RESIPI AYAM MASAK LEMON YANG SIMPLE TAPI SEDAP YANG AMAT
=======================

Bahan bahan ?

Ayam
Tepung serbaguna Bestari

Untuk perapan ayam, kalau ikutkan ada resepi lain. Tapi ini cara sissy yer. Mudah Sedap dan Cepat. Tepung Bestari dah secukup rasa.

Bahan Untuk Sos Lemon?

1 cawan air
¹?³ cawan gula
½ kiub ayam
1½ sudu tepung jagung
2 sudu makan perahan jus lemon
¾ sudu kecil garam
2 potongan nipis lemon
2 sudu makan minyak masak
Sedikit pewarna kuning (sissy pakai kunyit jer)

Cara Cara Menyediakan Ayam Goreng

? Perap ayam yang telah dipotong kecil bersamaa air dan tepung serbaguna Bestari.
?Sebelum menggoreng, sissy akan salut sekali lagi tepung yang kering sebelum masukkan ayam ke dalam kuali. Hasilnya lebih yummy!
?Goreng dengan api yang perlahan untuk pastikan ayam masak sekata.

Cara Cara Menyediakan Sos Lemon

?Bancuhkan semua sekali bahan untuk membuat sos di dalam satu bekas kecuali minyak masak.
?Panaskan minyak di dalam kuali dan masak sos tadi dengan api perlahan sehingga pekat.
? Tuangkan sos ke atas ayam goreng tadi. Sedia dihidang.