Resepi Gulai Ayam Simple but Nice ?

Image may contain: food

Resepi Gulai Ayam Simple but Nice ?
==============================

Mummy takda idea nak masak apa? Meh try masak gulai ayam Versi fiqah ni, anak-anak suka sangat. Petang-petang ada gulai ni, cicah dengan roti kosong sedap kan. Nyummmnyummmm

Mudah ja nak buat gulai ni kan, bagi yang dah terer masakla ? Fiqah share ni special semoga bermanfaat buat newbie yang baru nak belajaq masak. Siap step by step dalam video. InsyaAllah semoga membantu ya.

Bahan-bahan

Tumis
1) 2 biji bawang kecil, 2 biji bawang putih, potong.
2) halia 1/2 inch potong.
3) 4 tangkai daun kari
4) Bunga lawang dan kulit kayu manis.

Blender
1) 2 biji bawang besar
2) 4 ulas bawang putih
3) 1/2 inch halia

CARA-CARA

1) Panaskan minyak (lebih kurang secawan setgh)
2) Masukkan bahan tumis dan tumis sampai naik bau
3) Masukkan bahan blender dan masal sampai naik bau, masukkan sekeping asam keping dan 1 1/2 serbuk kari daging babas
4) Masak api perlahan sampai pecah minyak
5) Masukkan ayam dan kacau biar bahan tumis berpalit dengan ayam . Masak seketika
6) Masukkan air menutupi ayam.
7) Masak biar menggelegak, masukkan ubi kentang, 2 sudu kerisik
8) Masak seketika biar kentang empuk. Masukkan pati santan dan perasakan dengan sedikit gula melaka, garam dan serbuk perasa.
9) masak seketika biar santan masak dan siap untuk dihidang.

Tips # Nak gulai yang kena sabar biar serbuk kari betul-betul masak. Santan kena yang baru. Manis dan lemak ?

Tekanla button #share mana tau kan jiran sebelah try dulu resepi ni, untung-untung jiran hantaq semangkok. Hiksss. Sila cuba tau