Resepi Cupcake Red Velvet Moist

Image may contain: food

Image may contain: food and indoor

Image may contain: food

(V1.0) – 12pcs

Bahan kering (satukan bahan)
120gm tepung gandum (saya guna cap sauh)
1/2sdt soda bikarbonate
1sdt serbuk koko

Bahan basah (satukan bahan)
3/4 cawan gula pasir
1/2 cawan butter (telah dicairkan) suhu blik
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan buttermilk suhu bilikĀ 
1 biji telur saiz A

Bahan warna (satukan bahan)
1/2 sdt cuka makan
1 sdb pewarna merah

Bahan perisa
1sdt perisa Butter Creamy atau Esen vanila

Cara2
1. Satukan bahan kering dalam satu bekas. Tak perlu ayak. Kacau hingga sebati dan ketepikan

2. Satukan bahan pewarna kacau sebati dan ketepikan.

3. Satukan bahan basah pukul sebati (gula hancur) lebih kurang 10-15 minit hi speed k. Lepas tu rehatkan 5 -10 minit

4. Guna senduk kayu atau spatula atau apa apa senduk pun boleh.. masukkan bahan kering sedikit demi sedikit (buat 3 portion) Kacau betul2. Jangan terlebih kacau k.. nanti bantat

5. Dah tu masukkan bahan pewarna dan perisa. Kacau lagi dah tu rehatkan lagi 5-10miniy

6. Panaskan oven

7. Tuang adunan dalam cup… ingat isi separuh cup sahaja… Isi sama banyak k. Goyang goyangkan sikit cupcake tu.. hentak2 kan sikit loyang tu.. bagi udara dalam adunan… Lepas tu rehatkan lagi 5-10minit

8. Bakar 170c antara 20-30 minit atau hingga masak

9. Sejukkan atas pada suhu bilik atas redai..

Bahan Frosting
250gm cream cheese
125gm butter
250gm krimwell
2 sdt esen vanilla
300gm powder sugar atau gula aising

1. Masukkan semua bahan kecuali gula. Pukul 3 minit
2. Masukkan gula sedikit demi sedikit (saya buat 5 portion) saya masukkan gula setiap seminit dengan kelajuan low speed. Habis masukkan gula.. tukar pada hi speed. Pukul lagi selama 15minit
3. Deko la sepuas hati kat atas Cupcake korang tu..