RESEPI AYAM MASAK KARI BERIANI

Image may contain: food
RESEPI AYAM MASAK KARI BERIANI

Bhn2:

1 ekor ayam – potong dan bersihkan
3 sekawan – bunga lawang, kayu manis dan buah pelage
1 s/makan ginger garlic paste
1 biji tomato
1 biji bawang merah besar – hiris @ dadu
2 batang cili hijau – potong 2
3 helai daun bay / daun salam
4 s/makan bryani masala powder
2 s/teh serbuk kunyit
1 s/teh serbuk cili
Segengam daun ketumbar
Segenggam daun pudina
1 s/mkn pes pudina
2 s/ makan tairu – guna yogurt
1 cawan air
Sedikit minyak
Garam, gula

– panaskan sedikit minyak dan tumis 3 sekawan, garlic ginger paste dan daun bay hingga naik bau..
– masukkan bwg merah hiris dan cili hijau dan tumis lg hingga Wangi.
– bancuh serbuk kunyit, bryani masala dan serbuk cili dgn sedikit air – jadikan pes..
– masukkan pes td dan tumis lg
– bila dah garing, masukkan pes pudina bersama tairu ke dlm tumisan td, dan masak hingga pecah minyak..
– masukkan ayam, daun pudina, daun ketumbar dan tomato..
– masukkan 1 cawan air dan garam serta gula, kacau rata..
– biarkan mendidih dan ayam masak..
– setelah masak, taburkan daun ketumbar dan sedia dihidang..