Kek Lapis Masam Manis (Kukus)

Image may contain: food

Resepi: Kek Lapis Masam Manis (Kukus)

140gm biskut cream crackers (17keping) 
250gm Majerin Buttercup
5biji Telur (A)
125gm Gula Halus
200ml (1 cawan) susu pekat manis
Sedikit pewarna merah dan hijau.
Haw Flakes secukupnya

Cara2.
1. Hancurkan biskut sehingga lumat. Nak ayak boleh.. taknak ayak pun xpe.. ketepikan..
2. Pukul gula dan butter hingga kembang
Masukkan telur dan susu. Pukul lagi selama 10 minit.
3. Masukkan biskut yang telah dihancurkan tadi. Pukul sebati. Tak perlu lama.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian masukkan pewarna hijau. 1 lagi bahagian masukkan pewarna merah.
5. Panaskan kukusan. Alaskan baking paper dalam loyang 8×8 dan Oleskan minyak disekeliling loyang.
6. Tuang 1 cawan adunan hijau dan ratakan. Kukus selama 7-10minit. Tutup loyang dengan aluminium foil.
7. Keluarkan dari kukusan dan tekankan lapisan kek tadi dengan spatula bagi padat.
8. Susun Haw Flakes ikut cita rasa anda. 
9. Masukkan lapisan merah dan kukus lagi selama 7-10minit.
10. Ulang hingga habis. Lapisan terakhir kukuskan adunan selama 20minit.