Chocolate Moist CAKE- Eggless

Image may contain: food

Antara kek paling sedap mudah dan sesuai untuk yang VEGETARIAN.. jangan lupa tinggalkan komen “SAYA SHARE” …

MUDAHKAN URUSAN ORANG.. ALLAH PERMUDAHKAN IRUSAN KITA…

Chocolate Moist – Eggless

Masa penyediaan: 10minit
Masa membakar: 45minit
Suhu membakar: 180c
Loyang: Bulat 8inci

Bahan Kering
180gm Tepung Superfine (kalau takde ayak tepung gandum biasa 4-5kali)
30gram Serbuk Koko
1sk Soda Bicarbonate
160gm Gula Kastor atau Halus
Secubit Garam

Kacau sebati semua bahan di atas kemudian masukkan

Bahan Basah
200ml Minyak Jagung (Lebih sedap) kalau xde boleh ganti dengan minyak masak 
1sk Cuka
200ml Air Panas
200ml Air Masak (tak panas/ air biasa)

Cara2. 
1. Panaskan oven 180c api atas bawah
2. Alaskan kertas padan lantai dan dinding loyang. 
3. Tuang minyak ke dalam bahan kering. Masukkan cuka dan kacau sebentar.
4. Masukkan air panas kacau laju2 sekejap kemudian masukkan air masak dan kacau lagi hingga sebati.
5. Tuang adunan ke dalam loyang
6. Bakar selama 45minit atau hingga masak
7. Bila dah masak terus terbalikkan atas redai. Lepas 5 minit boleh terbalikkan semula.
8. Sejukkan pada suhu bilik.
Sedia untuk dihidangkan

SELAMAT MENCUBA