AYAM PAPRIK

Image may contain: food
AYAM PAPRIK
Bahan-bahannya:
4 ketul ayam – dihiris kecil
2 ulas bawang putih – dicincang halus
1 biji bawang besar – dibelah dua dan dihiris bulat kasar
1 biji cili merah – dihiris serong
11 biji cili api – dipecah-pecahkan aje
2 helai daun limau purut – disiat-siat
bunga kobis – dihiris kecil
2 biji putik jagung – dihiris serong
1/2 biji karot – dihiris serong
2 biji kacang panjang – dipotong 1 inci
2 sudu makan cili kering kisar
2 sudu makan cili sos
2 sudu makan tomato sos
1 sudu makan sos tiram
garam
1 cawan air

Cara-caranya:

Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu.
Masukkan air. Masak hingga mendidih.
Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air).
Tutup api dan hidangkan.