AYAM GORENG BEREMPAH

Image may contain: food

AYAM GORENG BEREMPAH
=======================

Bahan-bahan:-

* 4 labu bawang merah
* 6 batang serai
* 2 tongkol lengkuas
* 3 sudu rempah kari ikan
* 3 sudu kunyit babas
* 5 sudu cili kering (blend)
* 5 helai daun kari 5 tangkai cili kering dipotong 3
* sedikit serbuk perasa

Cara Memasak:-

1. Ayam dipotong 16/atau ikut suka. Bersihkan dan toskan.
2. Perapkan ayam tadi bersama semua bahan-bahan blend bersama rempah, cili kering…perap lebih satu jam..
3. Panaskan minyak untuk “deep fry” dan goreng ayam tadi, api biar sederhana. Bila serdak agak kekuningan, tapis dan asingkan agar tidak hitam dan hangus (*akak biarkan jek..ok laa..xda la hangus sangat…sedang sedap makan..hehe)
4. Bila ayam dah masak, masukkan daun kari dan cili kering potong tadi.
5. Tabur atas ayam bersama serdak tadi….tentu menyelerakan, lebih banyak serai dan lengkuas lebih banyak serdaknya.