Ayam Bakar ala ala kenny rogers

Image may contain: food

ayam bakar ala ala kenny rogers

Bahan-bahan:

1 ekor ayam, belah 4
8 ulas bawang putih – kisar
2 biji bawang besar – kisar
2 sb kicap manis
2 sb sos tiram
2 sb sos lada hitam
2 sb mix herbs
1 sb lada hitam
1 sk pasti sedap (optional)
1 sk garam
4 biji kentang
1 btg carrot
Sedikit ‘Smoked Flavour Liquid’ Chef Ammar – ni rahsia grilled chicken bau sangat sedap! Tapi kalau takde pun takpe. Sebab dia untuk aroma je. Bau asap-asap gitu..

Cara-cara:

1. Bersihkan ayam

2. Kisar bawang putih+bawang besar

3. Gaul ayam dengan bahan kisar dan semua bahan atas tu. Perap 1-2 jam. Kalau dapat semalaman lagi sedap.

4. Sementara tu, kupas kentang, carrot. Rebus dulu sampai masak. Tp jangan overcooked. Nanti kentang senang pecah. Dah masak tapis.

5. Susun ayam, kentang dan carrot atas tray. Sapu mentega kat atas. Eh, kentang dengan carrot gaul dulu dengan rempah perap ayam tadi tau. Baru ada rasa.

6. Renjis sedikit Smokes Flavour Liquid Chef Ammar. Serius memang sedap pakai ni kalau buat bakar-bakar. Tapi kalau takde pun takpe.

7. Tabur mix herbs dengan lada hitam sikit.

8. Bakar suhu 250 darjah celcius api atas bawah. Ikut oven masing- masing ye. Lepas 45 minit, keluarkan, sapu mentega lagi sekali. Ni untuk buatkan bahagian atas ayam jadi crispy dan tak kering. Masuk semula.

Bakar lagi sejam. Kena monitor ayam tau. Takut rentung lak. Kak Naz lagi 30minit nak masak guna api bawah je. Pandai-pandai korang la ye.

Dah siap, boleh makan dengan kuah blackpepper..merecikkkkk