Ubat Penenang Buat Bayi Yang Kerap Menangis

” Let me try. ”

Agak serba salah si ibu. Saya peluk budak mat salleh tu. Saya dakap sungguh-sungguh. Seolah memeluk adik kandung sendiri. Dia masih menangis. Tapi teriakannya sudah tidak ada. Sempat saya bermonolog dalam hati,

” Ya Allah. Ya Rahman. Engkau Yang Maha memegang hati-hati manusia. Ya Allah. Aku tak tahu syafaat nabi sampai ke tak ke atas anak ini. ???? ???? ??? ????? Ya Allah aku tak tahu aku nak buat apa. Bantu aku ya Allah. ”

Dalam keadaan tawakal. Saya lafazkan dengan penuh sungguh.

“ Allahumma Solli ala sayyidina muhammad. Allahumma solli ala sayyidina muhammad. ?????? ??????????? Allahumma solli ala sayyidina muhammad.”

Berbuih-buih mulut saya selawat ke atas ubun-ubunnya. Sambil saya selawat sambil saya usap. Kemudian sesekali saya tiupkan.

Hampir 5 minit saya bacakan. kemudian terlena anak kecil itu di dada saya. Masya Allah. Ya Allah. Maha Besar Allah..Subhanallah.

Terkejut mat salleh tu pandang saya. Si ayah terus berdiri di seat hadapan. Sebab hairan sudah hilang suara tangisan. Bertambah pelik lelaki mat salleh tu sebab anak kecik tu terlelap tempat saya. ???? ?????? 2022

” Wooooo amazing. Oh my god!!! ”

Berulang-ulang si ibu lafaz oh my god !

Hahaha.. pengalaman yang takkan saya lupakan.

Ya Mujib. Sungguhlah Engkau Yang Memegang hati-hati manusia Ya Allah. Kami tak berdaya, Engkau Yang Maha berdaya. Engkau Maha Esa. Engkau Maha Tunggal. Dan Engkau Ya Allah Maha mengetahui apa yang kami tidak ketahui.

Bismillahirahmannirahim..

Alhamdulillahi robbil’ alamin, wassolatu wassalamu’ ala khotimunnabiyyin walmursalin, sayyidina muhammad wa ala’ alihi wasohbihi wattaabi’in wa man tabi’ahum bi ihsani ila yaumiddin. Amma ba’d.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi kerana Allah. Sentiasalah amalkan selawat ke ubun-ubun anak kecil. Ini apa yang ibu ayah saya amalkan kepada saya selaku anak sulung sampailah adik bongsu kami.

Sentiasalah beringat, setiap kalimah yang dianjurkan dalam islam itu sendiri pasti ada fungsinya tersendiri. Yang penting adalah yakin kepada Allah SWT. Insya Allah.

Wallahualam.

Leave a Reply