RESIPI WHATSAPP

Mee Goreng Basah (10 orang makan) 900 gram mee kuning (2 pek) – celur dengan air panas sekejap

200 gram isi ayam –

potong kecil 250 gram sotong

150 gram kek ikan Sawi / Kobis/ Lobak

5 biji Cili Padi 2 biji Telur

2 biji Tomato – potong kasar

6 ulas Bawang Putih –

diketuk 5 biji Bawang Merah – hiris halus

3 sudu besar Cili Kisar 3 sudu besar

Sos Cili 3 sudu besar Sos Tomato

3 sudu besar Kicap Pekat

5 cawan air

3 sudu minyak masak

Garam dan gula secukup rasa.

1. Panaskan minyak, masukkan bawang putih yang diketuk sehingga wangi. Diikuti bawang merah. Masuk cili kisar, cili padi yang diketuk dan tumis sehingga pecah minyak.

2. Masukkan isi ayam, sotong dan kek ikan.

3. Masukkan air, sos cili, sos tomato, kicap pekat serta garam dan gula secukup rasa.

4. Selepas mendidih, masukkan telur dan biarkan seketika. Masukkan mee, lobak, tomato dan sawi.

5. Kecilkan api. Gaulkan sehingga sekata supaya supaya perasa meresap ke dalam mee. Biarkan sehingga 5 minit. Sedia untuk dihidangkan. .

Kek pandan bersantan untuk makan petang..mudah utk dibuat dan sedap..xmuak sbb xguna planta mahupun majerin..pasti nya gebu gebas..ok jom sy kongsikan resepi kat bawah KEK PANDAN BERSANTAN 5biji telur gred A 2cawan tepung gandum 1cawan gula 200ml santan 2Sudu makan susu pekat 1sudu serbuk penaik 1sudu ovalette Emulco pandan Pewarna hijau Cara² 1. Putar telur dan gula sampai kembang. 2. Masukkan susu + ovalette dan putar lagi sehingga adunan kembang dan menjadi gebu.. 3. Masukkan tepung gandum yg di ayak bersama serbuk penaik..masuk sedikit demi sedikit..nk kaup balik pun boleh.. 4.Akhir sekali masukkan santan + emulco pndan + pewarna hijau dan sebatikan.. Letak adunan dalam loyang size 8×8..panas kan oven 5-10 minit..bakar pada suhu 160 selama 40 minit bergantung pada oven masing2.. selamat mencuba *Pastikan pukul sampai kembang dan betul2 gebu adunan untuk menghasilkan kek yg gebu gebas.. kredit siti sarah hamid

IPOH MEE KARI@MEE KARI CHINESE STYLE BHN KISAR: 4-5biji bawang besar 1-1 1/2 labu bawang putih 2 gengam udang kering 2 sudu besar belacan 2 inci halia BHN CAMPURAN REMPAH: 7 sudu besar penuh rempah kari daging BABA’S 6 sudu besar penuh rempah kari ikan BABA’S -campur air dan jadikan paste BHN LAIN: 2-3 helai daun kunyit-disimpul Santan secukupnya (bonda pakai santan kara je n guna x sampai sekotak yg 500ml tu) Garam Serbuk pati ayam Minyak menumis Taufu Pok Rangka ayam(kebetulan ade) BAHAN REBUS: 1-1 1/2 ekor ayam-direbus sehingga masak bersama sedikit garam (Air rebusan dijadikan kuah UTK mee kari) BAHAN GORENG: Udang Filamen ketam Fishball Fish cake Tauhu *dah siap goreng,potong2 ya* BAHAN TABUR LAIN: Telur rebus(bonda suka rebus dlm rice cooker je..boh air sket je beralaskan kitchen tisu kat dasar periuk) Kacang panjang-dicelur Taugeh-dicelur(jika suka) Daun bawang-potong dadu Bawang goreng Mee kuning /kuey teow halus -dicelur(*bonda sebelum celur akan cuci dulu kemudian celur dan kemudian tuang minyak masak dan gaul rata utk elak melekat..x perlu bilas air paip lepas celur ye..nnt mudah basi*) CARA: Panaskan minyak(jgn bnyk ya UTK elak kuah berminyak) Tumiskan bahan kisar hingga naik bau Masukkan bahan rempah Tumis hingga pecah minyak sket(x perlu lama2 UTK elak pahit) Masukkan air rebusan ayam,rangka ayam dan daun kunyit Masa ni..bg didih lama2 UTK bg rempah betul2 masak…tambah air jika perlu Masukkan serbuk pati ayam dan garam Lastly,masukkan santan secukupnya(masa ni kena kacau sentiasa UTK elak santan bergentel) Dh didih elok…masukkan taufu Pok Kacau rata..tutup api Dah siap kuah mee kari sedap? Sedia dihidang bersama bahan2 yg lain

CUCUR UDANG RANGUP DILUAR LEMBUT DIDALAM BAHAN-BAHANNYA ? 2 cawan tepung gandum 1/2 camca besar instat yeast (mauripan) 1 genggam taugeh, cuci dan toskan kemudian diramas sedikit 10 tangkai kucai, potong kecil 1 biji bawang besar, dihiris 1/3 camca teh serbuk kunyit 20 ekor udang berkulit keras, saiz sederhana, cuci dan toskan, kemudian lap kering dengan tissue dapur Garam secukup rasa 1 3/4 cawan air (atau lebih sedikit, hampir 2 cawan) BAHAN-BAHAN UNTUK SOS CILI 🙂 5-6 biji cili merah* 3 ulas bawang putih*(*dikisar dengan 1/2 cawan air) 1/4 cawan cuka makan JALEN 1/3 cawan gula atau secukup rasa 1/4 camca teh garam CARA MEMBUATNYA 🙂 Masukkan tepung, kucai, taugeh, serbuk kunyit dan instat yeast ke dalam satu bekas. Masukkan juga sedikit garam (anggaran 1/2 camca teh). Gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat. Perap adunan tadi selama 30 minit (bungkus mangkuk berisi adunan dalam plastik bersih untuk mempercepatkan adunan kembang). Panaskan minyak untuk goreng terendam. Panaskan sudip atau senduk sayur (jenis stainless steel) bersaiz sederhana selama 2 minit. Kacau adunan, kemudian cedok dan isikan ke dalam senduk panas tadi hingga hampir penuh, dan lingkarkan seekor udang atasnya. Rendamkan dalam minyak panas hingga cucur udang boleh ditanggalkan dari senduk. Kemudian terbalikkan cucur udang biar bahagian udang berada dibawah. Buat kaedah sama untuk baki adunan dan bahan2. Buat kurang lebih 5 – 6 biji cucur udang sekali buat. Goreng dengan api sederhana sambil dibalik2kan hingga kuning keemasa, angkat dan toskan. Letak atas tissue dapur agar minyak gorengan terserap. Boleh hidangkan bersama sos cili.. UNTUK SOS CILI :- Masukkan cili yang telah dikisar bersama bawang putih ke dalam periuk. Masukkan gula dan garam. Kacau rata dan masak dengan api kecil hingga mendidih dan pekat. Tuang cuka makan, kacau dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkang bersama cucur udang tadi..?

Resepi akok ?? ??6biji telur ??2keping nise / gula melaka besar (kalau yg kecil 3keping) ??1cawan santan ??Garam 1/2 sudu kecil ??3sudu makan tepung gandum ??1/4 cawan air Masak gula melaka atau nise dgn air..lps tu blend semua bahan di atas sehingga sebati (sy kacau dgn tgn je)..siap utk di bakar..saya bakar guna trio cupcake..atau guna acuan muffin bakar je dalam oven

SAMBAL TUMBUK 8 biji bawang merah Segenggam ikan bilis 10 tangkai cili kering 6 biji cili padi 1/2 biji limau kasturi Garam secukup rasa 1. Gorengkan ikan bilis hingga garing kemudian angkat, ketepikan. 2. Goreng bawang merah dan cili kering hingga sedikit garing angkat, ketepikan. 3. Tumbuk bawang merah, cili kering dan cili padi, perasakan garam. 4. Masukkan ikan bilis dan tumbuk kasar. 5. Perahkan limau kasturi sedia untuk dihidangkan. Kredit resepi : FB SheilaKitchen Home Cooks

RESEPI SARDIN ROLL FROZEN Hasil : lebih kurang 48 biji Pastry: 4 cawan tepung 1sdm tpg beras 2sdm tpg jagung 2 sdk gula 1sdk garam *campur semua 1/4 cawan myk 2 sdm penuh majerin *panaskan sehingga panas sedikit Air (tambah sehingga terbentuk doh) -tuang myk panas ke dalam tepung. Gaul sampai jd serbuk. -tambah air sedikit demi sedikit. Uli sehingga terbentuk doh. Uli dalam 5 minit..bulatkan doh. -Permukaan doh mungkin tak licin tak mengapa. Rehatkan doh 15 minit sblm guna(wajib tok guru kata ? ). -Tutup doh dgn kain lembap. Kemudian bila nak guna doh akan jd lembut..masa ni uli dlm seminit dua. Permukaan doh akan flawless;-). -Buat doh kecik bulat saiz yang diigini. -Buat bentu bulat bujur seperti buah “pear” -canaikan seperti bentuk dlm gambar. -utk bhgn hujung yg tirus tu nipiskan sedikit. Insyaallah bila gulung nnt tak perlu letak air. Ia akan melekat. *(optional tip)boleh tambah 1sdm shortening utk efek ranggup. Tambah dlm aduanan atau masa menggoreng ? Inti: 1 tin besar sardin 1/2 labu bwg besar-dadu 2 biji bwg putih-cincang Cili padi/besar-optional 2sdm cili giling-optional -gula garam -perahan limau nipis -tumis bwg putih, bwg besar, cili padi/besar dgn 1 sdm minyak sampai layu. (Tips: minyak kena sket je…nnt berminyak ssh nak handle) -tambah cili giling. Tumis sampai cili giling separa garing -masukkan sardin. Pecah2kan. -tambah garam gula dan akhir sekali perah limau. -Masak sampai kering. ::::::???utk frozenkan bakar sekejap dlm oven yg dipanaskan terlebih dahulu. Suhu 180°C/10minit. Nak goreng sekejap pun boleh tp lbh pantas bakar dlm oven Kredit Resepi :Ellyna Abdul Aziz? (mahn)

RESEPI APAM KAMPUNG. 3 Cawan tepung gandum 1/2 cawan gula merah 1/2 cawan gula putih Secubit garam 2 cawan air 1 paket mauripan – 11 gm 2 helai daun pandan Cara Masak gula merah, gula putih, air dan daun pandan serta secubit garam hingga larut. Tapis dan sejukkan. Ayam tepung gandum kemudian campur dengan sepeket yis. Gaul rata. Masukkan air gula yang telah sejuk tadi ke dalam tepung dan yis. Gaul rata. Perap selama 2 jam. Panaskan kukusan 15 minit. Kukus apam selama 15 minit. Boleh juga makan dengan kelapa. ?

Resepi Kek Coklat(Blender) Bahan2: 1 cwn serbuk koko 1/2 cwn susu pekat 1 cwn susu cair 1 cwn gula 1 cwn minyak 3 biji telur – semua bahan kat atas masukkan semua dalam blender dan kisar selama kurang 5 minit. Panaskan air dalam periuk kukusan. Bahan2 ayak: 1 1/4 cwn tepung gandum 1 sudu kecil soda bikarbonat 1 sudu kecil baking powder – adunan yang telah dikisar dimasukkan dalam bekas dan masukkan tepung. Kaup balikkan. Tapis dan letak dalam loyang. Kukus 45 minit dgn api sederhana. Nak tau masak cucuk ngan garfu kalau x melekat dh masak..Klu guna acuan lompang kukus 15minit..

RESEPI APAM GULA HANGUS. Bahan-bahan 1 cawan gula. 1 cawan air panas. 2 sudu besar mentega. 1/2 cawan minyak masak. ( minyak jagung ) 2 sudu besar susu pekat. 2 biji telor 1 sudu kecil esen vanilla 11/2 cawan tepung gandum 1 sudu kecil soda bikarbonate. Cara Masak gula hingga jadi perang dan masukkan air panas perlahan-lahan. Masukkan dua sudu mentega dan kacau perlahan. Tapis dan sejukkan. Blender telor, susu pekat, minyak jagung dan esen vanilla. Ayak tepung gandum dan soda. Satukan bahan kisar dan gula hangus. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau rata. Panaskan kukusan. Minyak acuan dan kukus selama 20 minit. Selamat mencoba ?

ROTI PISANG RANGOP SEDAP YAKKMATT.? Asyik lalu jur kat effbi 2-3menjak ni. Korang pernah buat? Silalah cuba dan rasa dengan mulot sendiri. Mendong-mendong ni selera makan naik laju. Bahan senang dapat. Roti gardenia keping Pisang masak Majerin Kuning telor Gula perang ( takde pon letak je gula putih tapi jngn tabor banyak ?) Cheddar cheese (ni takde pon takpa. Tabur je gula.) Cara mudah giler weh 1- Sapu majerin atas roti 2- susun pisang ikot kreatif sendiri 3- sapu lagi mejerin dan sapu kuning telor 4- tabur cheddar cheese atau gula perang. 5- bakar dengan suhu 180 ‘ c 5-7minit. Siap! Makan dengan bismillah dan tenang2 bersama laki sendiri yer. Jangan laki orang. ? #Kongsi jom. kredit:fb hamizah zakaria

DAGING MASAK MERAH Bahan : Daging Sos Cap labu Sos Tomato Sos Cili Sos Tiram Bawang putih Daun Limau Bawang holand Carrot Pes cili kering Cili merah Cili padi (boleh tambah kalau nak pedas) Daun bawang/daun sup hiasan Cara : 1. Rebus dengan dengan 1 sudu kecil pewarna merah, 2 sudu besar sos cap labu, gula dan garam secukup rasa. 2. Angkat daging dan potong. Ketepikan. Air rebusan jangan dibuang, simpan untuk membuat kuah. 3. Goreng sebentar daging yang dipotong tadi tapi jangan lama dan garing, nanti keras. Ketepikan. 4. Tumis bawang putih menggunakan minyak goreng daging tadi. 5. Masukkan pes cili kering dan tumis sehingga naik bau. 6. Masukkan sos cap labu, sos tomato, sos cili dan sos tiram. Masak sebentar. 7. Tambah air rebusan daging, ikut citarasa nak kuah lebih atau tidak. 8. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa. 9. Masukkan lobak merah dan bawang holland. 10. Masukkan daun limau dan daging yang telah digoreng tadi. Tutup api. 11. Taburkan daun bawang dan daun sup.

*PETUA DAPUR* Rahsia & Tip Dalam Masakan Yang Mungkin Anda Tak Tahu Ketika memasak, mungkin ada tip dan petua yang kita tidak tahu dan terlepas pandang. Jika tip ini kita amalkan, mungkin masakan kita akan rasa lebih sedap dan enak. 1. Timun Masukkan timun jika masakan asam pedas atau masak lemak anda terlalu pedas. Kerana timun dapat mengurangkan rasa pedas. 2. Garam Jangan letak garam ketika memasak daging dan ayam jika belum betul-betul empuk. Ini bagi mengelakkan daging menjadi liat dan lambat empuk akibat tindak balas garam jika diletakkan terlalu awal dalam masakan. 3. Santan Elak guna api yang terlalu kuat ketika memasak menggunakan santan. Ini kerana ramai yang percaya menggunakan api dengan kuat dapat mempercepatkan proses santan pecah minyak. Gunakan api yang perlahan atau sederhana. 4. Gula Merah Gula merah bukan sahaja memberikan rasa manis dalam masakan malah membuatkan sambal anda menjadi lebih sedap dan menarik. Gula merah juga berfungsi mengelakkan orang sakit perut memakan sambal walaupun pedas. 5. Buah Keras Buah keras berfungsi memekatkan masakan dan memberi aroma yang sedap serta menyelerakan dalam masakan. Jangan masukkan buah keras yang berlebihan kerana mampu membuatkan orang sakit perut ketika menjamah masakan anda. Sukatan paling baik adalah sebiji buah keras untuk seekor ayam. Contohnya seperti masakan berkuah seperti kari, kurma dan masak merah. 6. Asam Gelugor Masukkan beberapa keping asam gelugur ke dalam kuali ketika menggoreng ikan. Ikan tidak akan melekat di kuali dan lebih mudah diangkat. 7. Bawang Putih Ambil dan masukkan bawang putih ke dalam tempat simpanan beras. Boleh juga dimasukkan ketika memasak nasi. Ini akan membuatkan beras tahan lebih lama dan beras atau nasi berbau wangi. 8. Tebu Potong tebu kecil-kecil dan masukkan ke dalam air rebusan sup tulang diikuti dengan bahan rempah sup. Sup tulang akan lebih ‘kaw’ dan bertambah sedap. 9. Limau Kasturi Rendam ikan dengan air asam jawa. Kemudian, potong limau kasturi dan gaul bersama ikan berserta air asam jawa. Biarkan seketika dan bau hanyir ikan akan hilang. 10. Air Kelapa Masukkan air kelapa ke dalam kelapa parut dan biarkan seketika. Kemudian barulah diperah kelapa tersebut ke dalam masakan. Ini akan membuatkan masak lemak lebih sedap dan terasa kelainannya. ? *gDk* ??

Resepi kek coklat puding karamel Bahan puding *Telur-5 biji *Susu cair-1 tin *Susu pekat-3 sudu besar *Gula-1 cawan *Roti-2 keping di carik *Esen vanilla-1 sudu kecil Blend semua bahan bertanda* Bahan kek coklat *telur-2 biji *minyak-1 cawan *gula-1 cawan *susu pekat-1 cawan *sedikit esen vanilla Kacau dan selepas tu masukkan *tepung gandung- 1 1/2 cawan *serbuk koko-1 cawan *baking powder-1 sudu kecil kfc *soda bikorbonat-1 sudu kecil kfc *air suam- 1 cawan Kacau sehingga sebati. Sediakan karamel Cairkan gula 5 sudu besar di dalam loyang. Dan ketepikan. Cara cara. Masukkan bahan blend tadi didalam loyang yg berisi karamel tadi. Kukus sehingga 20 minit. Selepas 20 minit masukkan adunan kek coklat tadi. Kukus lagi 1 jam@ sehingga masak. kredit: nurashila nasir

Spaghetti Carbonara Bahan sos: 1 biji bawang besar Holland cincang 5 ulas bwg putih cincang 5 btg sosej 1 tin cendawan 2 tin sos cendawan carbonara Prego 1 liter susu segar(utk cairkan sikit) Lada hitam Oregano flakes Caranya: 1. Tumiskan bawang besar & bwg putih. 2. Masukkan sosej dan cendawan butang yg telah dihiris. 3. Taburkan sedikit oregano flakes & serbuk lada hitam. 4. Tuangkan sos cendawan. 5. Tuangkan susu. Perasakan dgn garam…siappp. 6. Spaghetti mcm biasa celur hingga lembut dengan masukkan sedikit minyak masak & garam. * nak lg sedap tambah isi udang… nyum2!!

RESEPI MACARONI CHEESE BAKAR Bahan A Macaroni (rebus dan tos) Serbuk Keju Parmesan Daun Parsly Mozarella Cheese Bahan B: Sos Cheese 1 ulas bawang putih cincang 2 sudu besar butter 3 keping Cheddar Cheese diparut 3 cawan fresh milk 2 1/2 sudu besar tepung gandum 1 sudu kecil serbuk buah pala Garam dan kiub ayam Bahan C: Sos Bolognese 1 biji bawang besar jenis Holland -dipotong dadu 1 cawan tomato/cherry tomato dikisar 2 sudu besar tomato paste/puri Kiub ayam Lada hitam Garam Italian mix herbs Air Minyak utk menumis Cara-cara penyediaan Sos Cheese : 1.Cairkan butter dan tumis bawang putih kemudian masukkan tepung gandum. Kacau sehingga menghasilkan roux.Tak tau boleh refer youtube 2.Masukkan susu dan kacau sehingga sebati.Masukkan cheese, gunakan api yang perlahan dan kacau sehingga cheese cair. Masukkan bahan-bahan lain dan perasakan. Cara-cara penyediaan sos bolognese (Bahan B) : 1.Tumis bawang sehingga kuning. Masukkan tomato dan lain2 bahan, renih hingga pekat. (Nak tambah daging cincang dan cendawan pun boleh) Cara memasak Mac and Cheese: 1.Gaulkan macaroni yg telah direbus dengan cheese sos. Masukkan dalam bekas. Letak sos bolognese tabur mozarella kemudian parmesan dan parsely Bakar pada suhu 175 C selama 20-30minit. SELAMAT MENCUBA

RESEPI SOLOK LADA Bahan – bahan 10 biji lada solok – belah dan buang biji 2 ekor ikan kembung – rebus dan ambil isinya 1 inci halia 5 ulas bawang merah 1 sudu besar lada hitam 1 sudu besar gula Secubit garam Jika suka boleh tambah 1 kiub ikan bilis sebagai tambahan perasa 1/2 biji kelapa parut Bahan tumbuk lumat : Isi ikan , halia , bawang merah , lada hitam Gaul bersama kelapa parut , gula dan garam Sumbat dalam lada bagi penuh dan padat Panaskan kukusan Susun lada dalam loyang yang di isi sedikit santan dan kukus sampai lada lembut Selamat mencuba Nak masak dalam periuk tak kukus pon boleh. ?