MALAM SABTU YANG DINANTIKAN ! !

Korang bosan di malam Sabtu? Mahu tonton filem-filem hangat dari Hong Kong dan Korea? Malam Sabtu anda mungkin tak bosan lagi! buy ivermectin 12 mg online

Jadi saya ingin mencadangkan kepada anda di rumah untuk bersedia dengan snek dan minuman ringan!”
The Spy Dad (sinopsis )
Tarikh Siaran : 5 April 2008Masa : 9.30pm, 8TV

Tony Leung Ka-Fai melakonkan watak sebagai Jimmie Bon, seorang pelakon filem yang membawakan watak ala-ala James Bond dalam filem aksi popular dilayar perak. Walaupun dia kelihatan gagah perkasa dalam filem lakonannya, tetapi hakikat sebenar kehidupan beliau jauh berbeza dari watak yang dilakonkannya, beliau kehilangan isteri Isabel (Candy Yu On-On) kerana ketidakupayaannya menjadi ketua keluarga. how to take ivermectin 12mg dose Akan tetapi dia masih disayangi oleh kedua-dua anak perempuanny Cream (Gillian Chung) dan Ice-Cream (Winnie Chan).

Malahan dia juga turut menjadi bahan kutukan oleh pembantunya sendiri iaitu Agen Barbara (Teresa Mo). Bon cuba untuk melakukan sesuatu untuk mengukuhkan kedudukannya atau setidak-tidaknya dapat membuktikan dia boleh melakukan sesuatu yang bermakna. Bon akhirnya mendapat peluang untuk berbuat demikian dan ianya berkat pelbagai peristiwa yang hanya berlaku dalam dunia komedi Hong Kong.

Isabel kembali sebagai bintang filem US dan mahu menawarkan Bon watak dalam filem terbarunya tetapi dengan tidak disangka-sangka, seorang agen Interpol Tienan (Jordan Chan) muncul dengan misi rahsia. moxidectin safer then ivermectin Dia perlu mengagalkan misi penyebaran yang dilakukan oleh seorang doktor jahat iaitu Donnor. Kali ini Bon perlu mengenepikan perasaan takutnya untuk menjadi hero seperti yang diharapkan untuk menyelamatkan ahli keluarganya.

Leave a Reply