Pada jam 6 petang tadi (3 April 2008) di Connection Level, pusat membeli belah PAVILLION Kuala Lumpur, diadakan satu KEJUTAN untuk Diari Akademi Fantasia 6 untuk siaran 4 April 2008.


PERSEMBAHAN PERTAMA STANLEY


SAIDA YANG LEMAH GEMALAI. MASIH ADA RUH SITI DALAM SHOWNYA
PEMINAT NUBHAB DATANG SIAP DENGAN BANNER SEKALI. CAYOLAH!
Kejutan ini memang bagus untuk menghapuskan ketakutan dalam diri pelajar. Selain, dapat mencipta sesuatu elemen yang baru dalam siaran Diari, sekiranya pelajar dapat mengetahui sejauh mana penerimaan peminat. Saya dapat melihat ramai peminat yang datang mengerumuni lokasi showcase terbuka ini. Kadangkala ia dapat membentuk rasa keterujaan dalam diri pelajar. how is ivermectin administered Contohnya, Stanley nampak bukan main lagi teruja dengan tepukan dan sorakan peminat sampai terlupa lirik ketika menyanyikan lagu Izin Ku Pergi.
Showcase kejutan itu dimulakan dengan persembahan Stanley dengan lagu Imran Ajmain – Sudah Tu Sudah. Diikuti dengan Riz dengan lagu Kasih Latifah. Mikrofon berpindah tangan dengan nyanyian Nubhan dengan lagu Seribu Tahun. Peminat Nubhan bukan main lagi ramainya. Ada yang bawa sepanduk dan banner.
Saida satu-satunya pelajar wanita yang berjaya memboloskan diri dari akademi dan mempersembahkan dua buah lagu iaitu Berdua Lebih Baik dan Kaulah Segalanya. ivermectin made by
Oleh kerana waktu agak lewat, showcase itu selesai tanpa sebuah lagu duet Dua Insan yang sepatutnya dinyanyikan oleh Riz dan Saida.
STANLEY TERLALU TERUJA DAN TEROVER. TAPI LULUS!