Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini adabeberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasiDatuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satukaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allahjadikan hatiku bersih”
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelumtidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disampingdosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita danmencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencucihati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkanjiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah“Qulhu-allah” sebanyak 3X.
5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maafperlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekalimengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelumtidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku,cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapatdirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukanperkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatukejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengarorang mengumpat.
“sampaikanlah pesanan ini walaupun 1?
Posted in
Ponder, hidayah 2 Comments
2 Responses to “Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah”

Leave a Reply