Dapur Besarku

Roti Butterscotch,roti ini sangat sedap dan lembut ditambah pula dengan rasa lemak dari hirisan badam dan kekacang lain,ditambah lagi apabila dimakan dengan sos butterscotch.

 

Bahan untuk doh roti:

2 cawan tepung gandum.

1/2 sudu kecil serbuk yis

1/4 sudu kecil garam halus

1/2 sudu kecil baking powder

1 sudu besar gula halus atau gula kastor

1/4 cawan susu tepung

1/4 cawan mentega

1/2 cawan air suam

Bahan untuk taburan/hiasan:

1 biji kuning telur dicampur 1 sudu kecil air, untuk disapu sedikit sliced almond bijan hitam biji labu atau biji bunga matahari Cara untuk Roti: Campurkan tepung gandum,susu tepung,serbuk yis, baking powder, gula halus dan gaulkan sebati. Kemudian masukkan garam. Sebab kenapa garam dimasukkan kemudian adalah kerana yis tidak boleh bersentuhan dengan garam, boleh mengakibatkan yis rosak. Tuang, mentega dan air suam, kemudian kacau dan uli sehingga lembut dan sebati. Doh ini agak lembik, jangan cuba untk menambah tepung. Cukup sekadar sedikit taburan tepung supaya doh tidak melekat di tangan. Uli selama 5-10 minit. Jika anda gunakan breadmaker, sila ikut arahan aturan bahan mengikut breadmaker anda. Rehatkan doh sehingga kembang dua kali ganda. Keluarkan doh dan tumbuk2 keluar gelembung udara. Bahagikan doh kepada 12 atau 16 bahagian atau ikut kesukaan anda. Bulatkan doh dan susun di atas baking tray. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda. Sapu bahagian atas dengan telur dan hiaskan dengan bahan taburan. Panaskan oven kepada 160 darjah celcius, bakar selama lebih kurang 20-25 minit, atau sehingga masak. Angkat dan sejukkan. Tuang sos butterscotch di atas roti sebelum dihidang. Bahan untuk sos butterscotch: 25 gram butter 1/2 cawan gula perang atau brown sugar 1/2 cawan susu segar atau whipping cream 1/4 sudu kecil garam 1/2 sudu kecil esen vanila Cara untuk sos butterscotch: Di atas api yang perlahan, panaskan mentega dan gula perang, kacau seketika. Masukkan pula susu segar boleh ganti dengan whipping cream, garam dan esen vanilla. Kacau sehingga sos pekat sebati. Tidak perlu terlalu lama

 

SARANG SEMUT LEGEND :

~ 2 biji butter.

* ~ 1 1/2 cawan gula icing *

~ 2 biji telur

* ~ 1 sudu mkn esen vanilla *

~ 1 sudu teh sodium bikarbonat *

~ 1 1/2 cawan tepung castard

~ 3 cawan tepung kek(agak2, if doh lmbut tmbh tpg sikit2)

~ 2 1/2 cawan tpg jgg(agak2, if doh lmbut tmbh tpg sikit2) ~ coklat rice

Cara2 : – masukkan semua sekali bahan2 yg bertanda *, pukul sehingga kembang. – kemudian, masukkan castard, gaul sehingga rata. – masukkan tpg kek n jgg sikit2, uli sehingga doh menjadi tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras(memudahkan proses menyagat tepung) – sagat tepung sehingga sehingga menjadi bihun, x terputus2 (spy cantik ble masukkan ke dlm cup) – ciduk tepung yg disagat dengan mengunakan garfu, kemudian masukkan ke dalam cup dgn cermat supaya tepung x bergentel. – taburkan coklat rice mengikut citarasa masing2.. semoga berjaya sahabat2 semua?selamat mencuba n selamat menjamu selera??

 

Cuaca panas2 nie kebetulan ambk ank balik skolah nk beli air jmpe org jual buah mangga 1kg rm2.50 je ya ampun hahhaa ape lg kepala otak ligat nk buat bende nie xtau nama ape sendiri reka je terus p beli brg tara blend je semua siap simpan dlm peti ais tnggu sejuk nak ngap

 

Bahan2

Mangga 5bijik(2bijik je blend yg selebihnye potong dadu)

Susu cair 1 tin Susu pekat

1/2 je jng bnyk nnt manis potong kaki lak

Cream cheese 100g

rasanye sbb td beli yg 1kg tu hahahha tamak tp potong sikit agak2 je Tepung custard instan 3sudu yg nie xperlu masak tau tp jika guna tepung custard biasa tu korang kena masak dlu ye lps tu bru msok kan bahan yg dah blend tu gaul sebati Blend smua smpai btol2 puas hati pastu tuang je dlm bekas yg dah isi buah mangga potong dadu tu nyummy2 yg lg best masa nk mkn tu letak ais kiub perghhh terangkatkan idea by irena Qayla Sila lah share sama2

 

 

kek coklat kukus…kalau nak beli tak larat nak beli buat sendiri jala boleh makan banyak kali??resepi dekat bawah?

3 biji telur

1 cawan minyak

1 cawan gula

1 cawan susu cair

1 cawan susu pekat

1 cawan serbuk kokok *masukkan semua bahan dalam blender dan kisar selama 5 minit

 

bahan-bahan

ayak 1 1/4 cawan tepung gandum

1 sudu kecil soda bikarbonat

1 sudu kecil baking powder *masukkan sekali dengan adunan yg di kisar tadi kukus selama 45 minit

 

RESIPI MAYA FARM AYAM GORENG BEREMPAH SIMPLE

 

 

Bahan-bahan

 

1 ekor ayam Maya Farm,

dipotong 12 bahagian

1 biji bawang putih

3 bawang merah besar

20g halia

4 batang serai

15g lengkuas

2 batang daun kari, daun sahaja

2 sudu besar serbuk kari ayam atau daging

2 sudu besar gula

1 sudu besar garam

1 sudu besar lada hitam

 

 

Minyak masak, cukup untuk mengisi kuali kira-kira 3cm mendalam Cara Menyediakan Ayam Kaedah Dalam pengisar, masukkan bawang putih, bawang merah, halia, serai dan lengkuas, dan kisar sehingga halus. Jika perlu, tambah sedikit air untuk membantu proses pengadunan. Tuangkan campuran ke dalam mangkuk. Masukkan daun kari, serbuk kari, serbuk pati ayam, gula, garam dan lada hitam ke dalam adunan. Kacau sehingga sebati. Masukkan ayam ke dalam campuran dan salutkan ayam dengan sama rata. Tutup dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam atau, sebaik-baiknya, semalaman. Panaskan minyak dalam kuali sehingga ia panas dan bersedia untuk menggoreng, kira-kira 180°C hingga 200°C. Berhati-hati bila memasukkan ayam ke dalam kuali, dan jangan isi kuali dengan terlampau banyak ayam. Ayam boleh dimasak berkumpulan jika kuali anda tidak cukup besar. Terbalikkan ayam setiap 4 hingga 5 minit untuk memastikan ayam dimasak dengan sama rata. Warnya kulit ayam yang sudah masak adalah perang keemasan gelap, dan suhu dalaman harus di antara 66°C hingga 73°C. Ia akan mengambil kira-kira 15 hingga 20 minit untuk ayam masak dengan betul, bergantung kepada saiz dan potongan ayam anda. Rehatkan ayam goreng berempah yang dimasak di atas beberapa tuala kertas untuk mengeluarkan minyak lebihan

 

Paprik Ayam…selesai suda..?? minat ke x ??

 

 

Resepi:-

1. Ayam – potong kecil².

2. Tumbuk kunyit, bwg putih & garam.

Gaul pd ayam bg sebati. Dan goreng hgga garing. Asingkan ayam slps masak.

3. Sementara itu, blend bbrp biji bwg merah, bwg putih, halia. Kalau xnk blend..racik halus pun bole.

4. Tumis bahan blend dlm kuali yg ada lebihan minyak goreng ayam td. Pastikan minyak jgn tlalu byk ..

5. Masukkan cili kisar 2 @ 3 sudu. Tumis hingga hampir garing.

6. Kemudian, masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kacau rata. (Bole masuk suku cwn air jika suka bkuah).

7. Masukkan buah tomato yg telah dibelah, kcg buncis, daun limau purut, hirisn bwg holland, carot, hirisan cili merah/hijau, bbrp btg cili akar.

8. Akhir sekali masukkan ayam td, perasakan dgn garam dan kacau rata²… Siap…

 

 

 

Credit : Nurul Asyikin Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan