AMALAN SUNAT HARI ARAFAH Ayat-ayat dan hadis-hadis tersebut 

AMALAN SUNAT HARI ARAFAH Ayat-ayat dan hadis-hadis tersebut

menggambarkan tentang kemuliaan, kelebihan dan keagungan hari Arafah. Sementara amalan-amalan sunat yang dituntut pada hari Arafah pula antaranya adalah:

1. Berpuasa sunat Arafah bagi orang yang tidak mengerjakan haji kerana orang yang berpuasa pada hari itu, akan diampunkan dosanya selama dua tahun. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Berpuasa pada hari Arafah, aku berharap bahawa Allah akan mengampunkan dosa pada tahun sebelumnya dan tahun selepasnya.” (Riwayat Muslim)

 

2. Menjaga solat secara berjemaah, memperbanyakkan solat sunat dan qiamulail kerana semua ini merupakan ibadah-ibadah yang paling afdal bagi mendekatkan diri kepada Allah. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kerana sesungguhnya tiap-tiap kali engkau bersujud kepada Allah, Allah akan mengangkatkanmu dengan sujud itu satu darjat dan menghapuskan daripadamu satu kesalahan.” (Riwayat Muslim)

3. Memperbanyakkan doa dan zikir, kerana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sebaik-baik doa ialah doa pada hari Arafah dan sebaik-baik apa yang aku berkata dan juga para nabi sebelum aku ialah – Oleh itu, perbanyakkanlah doa pada hari itu untuk mendapat keampunan dan kemerdekaan daripada api neraka, serta memperbanyakkan berzikir dengan zikir yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para nabi sebelum baginda sebagaimana yang disebut dalam hadis di atas. Selain itu, rebutlah peluang kemuliaan yang ada pada hari Arafah ini dengan memperbanyakkan tahlil, tasbih dan takbir. Ibnu Umar r.a. berkata yang bermaksud, “Kami bersama dengan Rasulullah s.a.w. pada pagi hari Arafah lalu sebahagian dari kami bertakbir dan sebahagian yang lain bertahlil.” Para muslimin juga disunatkan bertakbir tiap-tiap kali selepas solat, bermula dari solat Subuh hari Arafah 9 Zulhijjah sehingga solat Asar 13 Zulhijjah.