Resepi donut


Mendonat dari pagi bawak ke tengahari…. 2kg Donut frozen siap…yok masak dulu sementara tunggu sejuk nak di packing…..

Askar2 kecik kat umah ni dah lapo, karang x pasal2 ibu kena tembak…???

Sekejap lagi saya update resepi ye…???

Resepi
======

Bahan A

2 cawan air suam2 kuku (lebihkn sikit pon xpe)
4 sudu besar gula
4 sudu besarsusu
1 1/2 paket mauripan

** satukan bahan diatas dalam 10 minit, sementara tu buat adunan tepung

Bahan B

1 kg tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil garam
4 sudu besar marjerin

** satukan bahan B ( ramas ) sampai jadi macam serbuk roti….
** campurkan bahan A ke dlm bahan B dan stat menguli… Uli sampai adunan x lekat kat tangan, kalau adunan lembik blh tambah tepung sikit2…
** perap 1 jam
** lepas 1 jam tumbuk2 adunan utk keluarkan angin…
**lepas tu boleh la terap guna acuan donut
** goreng dengan api sederhana, pastikan minyak betul2 panas utk elak serap minyak…

Tiada rahsia antara kita…???
Ini lah resepi yg saya guna utk meniaga frozen kecil2an…. Doa kan saya murah rezeki ye….???

credit : Zuraidah Burham?
#mahn