Pes Ikan Bakar Ala Portugis

Image may contain: 1 person, food

No photo description available.

Image may contain: food

Jangan lupa tinggalkan komen.. supaya keluar kat newsfeed korang coz ada lagi resepi menarik untuk korang

Resepi: Pes Ikan Bakar Ala Portugis

Resepi ni untuk 5 Ekor ikan kembung (di kelar) – nak guna cencaru / keli / talapia / pari / jenahak / kerapu pun xde masalah. Nak buat sotong petai atau udang petai pun boleh juga k…

Bahan2
Aluminium foil secukupnya
Dapun pisang secukupnya (optional)
Bendi / terung secukupnya atau petai (jika suka)

4biji bawang ros / kecil (tumbuk halus)
4ulas bawang putih (tumbuk halus)
1/2 biji bawang besar (tumbuk halus)
5biji cili padi (pecahkan) suka pedas sila tambah
2batang serai (blend halus)
1inci halia (tumbuk halus)
2biji buah keras (tumbuk halus)
2cm belacan
3helai daun limau purut
1 cawan cili kering yang telah blend
3 sudu besar (membumbung) asam jawa diramas bersama 1/2 cawan air (air asam mesti pekat k)
Garam gula dan serbuk perisa secukupnya..
Minyak untuk menumis

Cara2
1. Panaskan minyak. Masukkan semua jenis bawang dan cili padi. Tumis hingga kekuningan.
2. Masukkan belacan. Serai. Halia. Daun limau purut dan buah keras. Hancur2kan belacan k
3. Masukkan cili kering. Tumis hingga terbit minyak.
4. Then masukkan air asam jawa.
5. Jangan lupa masukkan garam gula dan serbuk perasa.
6. Sejukkan suhu bilik boleh simpan sehingga 3 bulan dalam peti sejuk.

Cara guna
1. Bentang aluminium foil dan daun pisang diatasnya.
2. Susun ikan . Kalau boleh belakang ikan bertemu belakang ikan. Elakkan kepala bertemu kepala. Nanti lambat masak sebab ikannya bersembang atas dapur… hahaha
3. Sudukan 2-3 sudu pest atas ikan. Kalau ada bendi / terung boleh tabur atas ikan (kalau guna udang arau sotong saya sarankan petai sebagai pengganti bendi atau terung)
4. Balutkan.
5. Bakar 7minit setiap sebelah (bergantung pada api anda) kalau guna pemanggang ikan tu pun boleh juga 7minit setiap sebelah atau bakar hingga masak