Ikan Kembung Tumis Tempoyak

Image may contain: food

Resepi: Ikan Kembung Tumis Tempoyak (versi ikan goreng)

Tumis tempoyak ni banyak versi.. tapi kali ni saya share versi yang ikannya perlu digoreng k..
Kalau nak guna ikan keli / patin / baung /kembung / sebelah atau udang pun xde masalah. Cuma kalau udang x payah goreng k.. terus je masuk bila semua bahan dah dimasukkan dalam kuali.

Bahan2
5 ekor ikan kembung (kelar dan goreng)

10tangkai Cili Padi
3ulas Bawang Putih
3biji Bawang Besar
2 helai daun kunyit (koyak)
1batang Serai (titik)
3 sudu (membumbung) Tempoyak
1/2 cawan Air
Secubit serbuk kunyit
Garam / gula / serbuk perasa
Minyak untuk menumis

Cara2
1. Tumbuk cili padi + bawang putih dan bawang besar.
2. Panaskan kuali dan tumis bahan2 yang ditumbuk tadi hingga separuh masak.
3. Masukkan secubit serbuk kunyit, daun kunyit yang telah dikoyak koyak dan serai yang telah dititik. Tumis hingga semua layu.
3. Bancuh tempoyak dengan air. Ramas2 hingga sebati. Tuang ke dalam kuali. Masak hingga terbit minyak.
4. Masukkan garam dan sedikit gula.
5. Masukkan ikan dan kacau. Padamkan api…

Siap sedia untuk dimakan bersama nasi panas…