Ayam Ala Ala Kfc

Image may contain: food
Ayam Ala Ala Kfc 

2 sudu serbuk cili atau chilli flakes
1 labu atau dlm 10 ulas bawang putih ditumbuk
1 sudu lada hitam
1 sudu lada sulah
1 sudu serbuk pasti sedap knorr atau secukup rasa maggi atau sedikit ajinomoto
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil soda bikarbonate
2 sudu sebuk kari ikan **kari ayam abis.bantai kari ikan pun ok
1 sùdu cuka atau 1 sudu limau nipis ( utk ayam juicy di dalam rangup di luar)
gaul rata bahan perap
perap 30 minit

Sebelum goreng pecahkan 2 biji telur ayam. Gaul sehingga sebati.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat tepung goreng :
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit serbuk secukup rasa maggi atau serbuk pasti sedap knorr

Gaul ayam bersama dengan tepung.

Goreng deep fry. Gunakan kuali yang kecil untuk penjimatan minyak.

***pastikan minyak betulbetul panas. Biarkan api sederhana dan goreng sehingga kekuningan.