*Gas petrol & kebakaran*

*Gas petrol & kebakaran*

Kalau kita perasan, ada beberapa benda yang perlu diikuti di stesen minyak:

1. Tutup enjin kenderaan
2. Jangan merokok
3. Jangan pakai telefon bimbit
4. Sentuh kenderaan (atau objek lain) untuk nyahcas elektrostatik.

Jom bedah poin 2:

2. Merokok? Bagaimana ianya menyebabkan kebakaran? Walaupun ada jarak “selamat” dari pam minyak?

Semasa mengisi minyak, anda pasti akan perasan bau petrol. Ini bermakna wap dari petroleum sudah mula mengisi ruang udara dalam masa tersebut. Wap petrol tersebut lebih mudah terbakar (flammability) kerana suhu penyalaan (flash point) wap petrol adalah lebih rendah.

Jika wap tersebut berada pada “kepekatan” yang cukup, digabungkan dengan sedikit percikan api, sudah cukup untuk memulakan kebakaran. Terdapat juga keadaan yang disebut sebagai suhu pencucuhan spontan (spontaneous ignition temperature – SIT). SIT ini adalah suhu minimum untuk mengagitasikan haba supaya pembakaran boleh berlaku dengan tiba-tiba.

Wap petrol ini hanya memerlukan sekurang-kurangnya 1% sahaja campuran dengan udara sebelum terbakar jika terdapat sumber haba seperti pencucuh mahupun api rokok. ?????? ????? Kajian untuk wap produk petroleum DI UDARA menyatakan bahawa pelbagai sebatian didalamnya boleh terbakar pada pada suhu 360-390 darjah Celcius [1].

Tahukah anda berapa suhu yang dihasilkan pemetik api anda? Ianya menghasilkan percikan api menggunakan geseran antara logam “cerium” dengan pemacu (sparkwheel) menghasilkan suhu setinggi 2000 °C! [2]

Ini bermakna walaupun sudah berada dalam kereta, kebakaran masih boleh berlaku jika wap petrol kekal di dalam ruang kabin kereta. Jadi dika ada terbau petrol di dalam kereta selepas mengisi minyak, maka seeloknya kita tidak menyalakan pemetik api!

3 & 4: Penggunaan telefon bimbit ni ada lebih banyak sikit “story”-nya. Kajian terperinci pada 2007 menyatakan bahawa kebakaran di stesen minyak lebih disebabkan oleh nyahcas elektrostatik [3] . Apa pun, sentuh kenderaan anda dulu sebelum mengisi petrol!

Adapun yang dikatakan percikan api dari bateri telefon bimbit masih banyak perdebatan dalam isu keselamatan. Apa pun, memandangkan memang pernah berlaku beberapa isu letupan bateri telefon bimbit, eloklah jangan guna ketika berada di stesen.

Dalam kata lain, semua di atas boleh menyebabkan kebakaran. Utamakan keselamatan anda dan keluarga anda.

Ini Sains, Beb!

#vizier87 + #azarimy + #napeng

Rujukan:

[1] Thompson, N. J. (1929). Auto-ignition temperatures of flammable liquids. Industrial & Engineering Chemistry, 21(2), 133-139.

[2] Reinhardt, K., & Winkler, H. (2000). Cerium mischmetal, cerium alloys, and cerium compounds. ???? ?????? Ullmann’s encyclopedia of industrial chemistry.

[3] Burgess, A. (2007). Real and phantom risks at the petrol station: The curious case of mobile phones, fires and body static. Health, risk & society, 9(1), 53-66. casino kuwait