10 PETANDA MENUNJUKKAN BADAN KURANG AIR , JANGAN BUAT TAK ENDAH, ISI GELAS KOSONG & MINUM SEKARANG!

10 PETANDA MENUNJUKKAN BADAN KURANG AIR , JANGAN BUAT TAK ENDAH, ISI GELAS KOSONG & MINUM SEKARANG!
.
1. Mulut kering & lidah bengkak – kalau tengok cermin ada tanda camtu, tu maknanya badan uols kurang air. Time ni uols rasa sangat haus.

2. Kulit menjadi kurang kenyal – cuba cubit bahagian lengan. Kalau lambat kembali ke bentuk asal, itu kena dehidrasi lerr tu.

3. Panas dalam badan – tetiberr panas semacam, tapi badan tak berpeluh pun? Bila badan kurang air, suhu badan meningkat. Sistem organ terjejas kalau kerap berlaku.

4. Air mata kering – ada rasa bahang !!! Sebabnya mata tak lagi keluarkan air mata yg bertujuan mencuci & lembabkan mata, sebab kurang air! Mata jadi kemerahan dan kering.

5. Jantung dupdap lain macam – kurangnya aliran darah menyebabkan berdebar-debar secara tetiberr, menunjukkan perjalanan sistem badan yg kurang baik.

6. Pening – risiko pengsan. Selalunya bila bangun dgn cepat drpd posisi duduk/tidur.

7. Mudah penat – berjalan sikit dah mengah. Dehidrasi buatkan oksigen dalam darah berkurangan. Pastu mula lahh otot & saraf bekerja dgn lambat. Tu yg senang penat tu.

8. Kejang otot – biasanya terjadi kat atlet atau orang yang aktif bersukan; senang terkena kekejangan otot yg byk digunakan seperti betis kalau tak minum air semula.

9. Air kencing warna kuning pekat – buah pinggang cuba jimatkan air dalam badan, jadi pengeluaran air kencing dikurangkan. Tapi badan tetap kena buang air & akibatnya, air kencing nampak gelap & kuning pekat.

10. Susah buang air besar – antara faktornya badan kurang air dalam usus, menyebabkan tahi menjadi keras dan kering. Sebab itu susah nak keluar dan menyakitkan!
.
Minum jangan tak minum!
.
#jomfollowEmaVeto , minum air secukupnya. Nak bagi berselera; potong lemon, timun atau mint. Letakkan dalam bekas air 2 liter & habiskan seharian.

Selamat mencuba!