5 Perkara Yang Aishwarya Rai Selalu Amalkan Untuk Kekal Cantik. Sila Buat!

5 Perkara Yang Aishwarya Rai Selalu Amalkan untuk kulit cantik

Siapa tidak kenal Aishwarya Rai. Pemegang gelaran Miss World tahun 1994 yang juga pelakon tersohor Bollywood ini punya aura yang cukup luar biasa. Wajah unik yang dimilikinya disertai pekej lengkap kecerdasan otak dan kebijakannya menambah lagi kecantikan sedia ada.

Bukan hanya digilai peminat Bollywood sendiri bahkan Hollywood serta seluruh dunia, wajah cantiknya seringkali menjadi tumpuan. Aishwarya yang memiliki kulit dan mata kecoklatan mampu buat kita terpesona dengan setiap lakonannya.

Biarpun memiliki seorang anak yang semakin membesar namun wanita ini tetap kekal cantik dan jelita. Apa rahsia cantiknya? Sepuluh perkara yang diamalkan oleh Aishwarya ini perlu kita cuba!

1. Elak 5 Perkara

Kalau nak tahu, demi menjaga kulitnya, Aishwarya langsung tidak makan makanan bergoreng. Malah dia juga tidak makan sebarang junk food atau makanan berjeruk apa lagi mengandungi warna. Paling penting dia tidak mengamalkan alkohol dan tidak merokok. Sihat!

2. Makanan Rumah

Untuk menjaga kecantikan dan kesihatan kulitnya, rupanya dia penggemar buah-buahan dan sayur-sayuran. Paling penting wanita bermata cantik ini lebih sukakan makanan rumah. Malah dia minum air kosong pada jumlah yang banyak untuk pastikan kulitnya tidak kering dan kusam.

3. Masker Kunyit & Susu

Masker daripada bahan alami ternyata jadi pilihan wanita kelahiran Mangalore ini. Tanpa rasa kekok, dia mengamalkan masker yang dibuatnya sendiri sejak dulu. Campuran tepung bersama susu dan kunyit antara yang diamalkan sejak dulu. Malah hendak pastikan kulitnya cantik dan lembap, dia mengamalkan yogurt dan timun untuk melembutkan kulit serta melembabkan. ???? ??????? ??? ????? ?????? Hebatkan?

4. Amal Beras Perang

Diet pastinya jadi keutamaan bagi wanita cantik ini. Apa rahsia dietnya? Rupanya wanita bermata galak ini mengamalkan makan beras perang sejak dahulu. Malah dia juga hanya makan sayuran rebus dan panggang sahaja serta hanya memilih kandungan sayur dengan serat tinggi sahaja. Menarik!

5. Tetap Diet!

Hingga sekarang Aishwarya masih lagi mengamalkan diet dengan pengambilan makanan yang sedikit tetapi tidak lebih daripada tiga kali sehari. ???? ???? ?????? ????? Paling penting sukatannya sedikit sahaja!

6. Berjalan Kaki

Melengkapkan program dietnya, Aishwarya Ray berlatih yoga dan hanya sekadar berjalan di pagi hari bagi membakar kalori dan merawat kecantikan kulitnya. Rutin hebat yang patut dilakukan oleh kita semua.

7. Bermekap Nipis

Memilih MAC, Lakme, Revlon dan Maybelline sebagai bahan mekap utama dan paling penting olesannya tipis dan ringkas sahaja. Itu rahsia cantiknya. Warna kegemarannya pula adalah warna nude, pink, peach dan cokelat yang memang sesuai dengan warna kulit dan matanya.

Sederhana! Itulah yang boleh dikatakan mengenai rahsia cantiknya di rumah. Paling penting kenalah jaga apa jenis makanan yang kita ambil dan jaga kuantiti agar jangan berlebihan. ???? ??????