Hapuskan Kesan Kuning Bawah Ketiak Dengan 2 Bahan

Hapuskan Kesan Kuning Bawah Ketiak Dengan 2 Bahan

Biasanya kalau guna deodorant, baju mesti jadi mangsa. Tambah pula kalau anda pakai baju warna putih, lagi berisiko. Bahan deodorant akan melekat dan jadikan baju di bahagian ketiak anda berwarna kuning.

Inilah yang akan rosakkan penampilan anda, nak angkat tangan pun agak segan. Kadang walau dicuci, kesan kuning tetap ada.

Ok, kali ini anda mungkin boleh guna cara yang sangat mudah untuk hapuskan kesan kuning di baju. Hanya satu bahan iaitu sediakan cuka!

Cuba semak sini caranya…

1. Campurkan cuka makan dan air dengan menggunakan nisbah 3:1.

2. Kemudian ambil campuran cuka dengan span kering dan gosokkan di bahagian kesan kuning.

3. Biarkan lebih kurang 5 minit. Kemudian bilas dengan air panas.

4. Agak nampak masih kurang bersih, ulangi cara yang sama.

5. Jika masih kurang bersih, rendam bahagian yang kuning dalam air cuka.

6. Kemudian anda boleh mencuci baju seperti biasa dengan sabun dan terus keringkan seperti biasa. Selamat mencuba!